| 1. |
Jalan raya adalah untuk kita bergerak kesana kemari dengan selesa, bukan
untuk menunjuk handal berlumba ataupun menunjuk kehebatan kenderaan
memecut ! |
| |
|
| 2. |
Lampu 'hazard' digunakan untuk kenderaan rosak yang tak bergerak, bukan
untuk memberitahu orang anda tak nampak jalan dalan hujan lebat ! |
| |
|
| 3. |
Tong abu rokok adalah untuk kita membuang puntung rokok, bukan untuk
dijadikan hiasan sahaja ! |
| |
|
| 4. |
Kemudahan internet adalah untuk kita mencari ilmu dan maklumat, bukan
untuk mencari bahan lucah ! |
| |
|
| 5. |
Pejabat adalah untuk orang bekerja, bukan tempat untuk bersembang dan
membaca surat khabar ! |
| |
|
| 6. |
Suami adalah tempat isteri bergantung, bukan tempat untuk membebel dan
meminta itu dan ini sampai suami lari cari perempuan lain ! |
| |
|
| 7. |
Isteri adalah tempat suami bermanja, bukan bantal penumbuk untuk melepas
geram dan dijadikan hamba abdi ! |
| |
|
| 8. |
Taman bunga adalah tempat kita berehat dan berekreasi, bukan tempat untuk
beromen dan melakukan maksiat ! |
| |
|
| 9. |
Sekolah dan pusat pengajian tinggi adalah untuk kita mencari ilmu, bukan
setakat lulus periksa dan dapat sijil sahaja ! |
| |
|
|
10. |
Lampu isyarat kenderaan adalah untuk memberitahu orang kita akan membelok,
bukan sebagai perhiasan kenderaan ! |
| |
|
|
11. |
Ruangan berkenalan adalah tujuan untuk mendapat kenalan dan sahabat bagi
bertukar fikiran dan mencari jodoh, bukan tempat untuk mendapatkan khidmat
seks ! |
| |
|
|
12. |
Mesjid adalah tempat beribadat, bukan ibu-pejabat untuk memulakan rusuhan
dan tunjuk perasaan ataupun untuk mendapat kasut free ! |
| |
|
|
13. |
Telefon awam adalah untuk kemudahan orang ramai berhubung dan bilamasa ada
kecemasan, bukan untuk dirosakkan dan mendapat syiling percuma ! |
| |
|
|
14. |
Lampu isyarat adalah untuk memberi peluang laluan kepada kenderaan, bukan
untuk dijadikan 'starter' bagi pelumba-pelumba jalanraya ! |
| |
|
|
15. |
Perlawanan bolasepak adalah sukan untuk ditonton dan disokong, bukan
gelanggang untuk bergusti, berperangai liar dan pertandingan topeng muka
tercantik ! |
| |
|
|
16. |
Kerusi parlimen adalah untuk wakil berkhidmat kepada rakyat, bukan peluang
untuk mengumpul harta ! |
| |
|
|
17. |
Komputer adalah kemudahan bagi manusia memperolehi produktiviti, bukan
untuk menghabiskan masa bermain 'games' ! |
| |
|