Low Cost Hosting | Free Web Space | Dedicated Hosting | Windows Hosting | FrontPage Web Hosting | Business Hosting
cheap web hosting
Search the Web

Mari Kelakar Sarawak!

Rahsia.com menyediakan peluang untuk anda mempelajari Bahasa Sarawak yang unik. Manalah tau, mungkin satu hari anda berpeluang untuk melawat Bumi Kenyalang yang indah permai, maka dapatlah anda sedikit sebanyak 'goreng' bahasa dia oarang ni. Taklah kekok sangat bila nak berinteraksi dengan orang disana. 

Dibawah ini adalah beberapa perkataan yang sering digunakan didalam percakapan seharian Melayu Sarawak. Untuk makluman semua, Bahasa Melayu Sarawak digunakan dengan meluas di Bahagian Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri. Di Limbang dan Lawas, Bahasa Malaysia adalah perantaraan yang digunakan oleh penduduk setempat. 

Sebutan Bahasa Melayu Sarawak yang ketara adalah pada huruf "r" dimana ditekankan dengan nada yang berat sepertimana sebutan orang Melayu diutara Semenanjung.

Bahasa Melayu Sarawak Bahasa Malaysia
Kamek Saya
Kitak Engkau
Nya Dia
Sik Tidak / Tak
Sik Ada Tiada
Sikboh Jangan
Kenak Kenapa
Sitok Sini
Sinun Sana
Sia Disana
Sine Dimana
Ne Mana
Madah Cakap / Beritahu
Kelakar Bercakap / Bersembang
Sidaknya Dia orang
Sidak Orang
Empun Punya
Kinektok Sekarang
Dudi Kemudian
Gago Sibuk
Ya Itu
Ari Marek Kelmarin
Ari Ya Hari Itu
Bulak Bohong
Tukuk Ketuk
Palu Pukul
Tikam Baling / Lontar
Congek Manja
Gelik Risau
Sigit Satu
Duak igit Dua
Tiga igit dan seterusnya Tiga dan seterusnya
Biak Budak
Miak kecik Budak Kecil
Debah Dibawah
Nyaman Sedap
Motor Kereta
Paloi Bodoh
Kedak ya Macam itu
Gia Macam itu
Cam ya Macam itu
Kembang Bengkak
Lawa Sombong
Kacak Cantik
Gilak Sangat
Ceridak Tak Terurus
Ngambor Bersepah
Entingal Degil`
Plente Main-main
Nekik Naik / Panjat
Geruk Tengkuk
Somet Misai
Jeraya Jalanraya
Singkol Rasa Pelik
Pasar Pekan
Nerais Teriak / Jerit
Nyering Bunyi kuat
Lamak Lama
Tunggah Panggil
Temu Jumpa
Pusak Kucing
Asuk Anjing
Manok Ayam
Gadung Hijau
Lejuk Jemu
Bait Baik
Belon Kapalterbang
Gerek Teman Lelaki / Wanita
Bergerek Dating
Can Teman Istimewa
Lan Jom

Balik ke Ruangan Utama