|
|||||||
|
|
|
|||||
|
|
|||||||
MAKLUMAN DAN PENGUMUMAN
| Sejak
kebelakangan ini didapati kerap berlakunya penyalahgunaan identiti serta
sumbangan yang berbentuk lucah dan biadap yang di'post'kan oleh para
peserta kedalam ruangan-ruangan di Rahsia.com.
Kami mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada pengunjung bahawa ruangan-ruangan yang disediakan diRahsia.com adalah semata-mata untuk memberi anda peluang menyampaikan pandangan, pendapat, luahan hati yang terbuku serta mendapatkan kenalan-kenalan baru diserata dan pelusuk negeri. Kami mengalu-alukan penyertaan dan sumbangan yang positif dan jujur dan dalam masa yang sama, mengambil serius keatas penyalahgunaan ruangan penyertaan yand disediakan oleh pihak kami. Kami juga ingin memaklumkan bahawa Rahsia.com tidak boleh dipertanggungjawab keatas penyalahgunaan, penyertaan serta sumbangan yang disampaikan kedalam ruangan ini. Segala unsur penyalahgunaan, penyertaan serta sumbangan yang negatif tidak akan diterima dan dikeluarkan serta-merta dari ruangan tersebut. Pihak Rahsia.com juga tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan Pihak Berkuasa dalam memberikan maklumat-maklumat para pengunjung yang difikirkan perlu sekiranya penyalahgunaan, penyertaan dan sumbangan oleh para pengunjung, dalam bentu apa sekalipun, yang terdapat didalam ruangan kami mengakibatkan berlakunya kerugian, malu serta menjatuhkan maruah kepada mana-mana individu serta organisasi. Sila hubungi kami untuk sebarang aduan terhadap apa jua penyalahgunaan serta penggunaan identiti palsu yang didapati di Rahsia.com Sekian, Terima Kaseh |