Low Cost Hosting | Free Web Space | Dedicated Hosting | Windows Hosting | FrontPage Web Hosting | Business Hosting
cheap web hosting
Search the Web

Memilih Modem

Mukadimmah

Modem adalah singkatan kepada modulator-demodulator iaitu alat yang digunakan untuk menghantar dan menerima data dari sesebuah PC ke sesebuah PC yang lain melalui talian telefon. Data ini disimpan secara digital manakala talian telefon pula menggunakan sistem data analog. Modem adalah alat untuk menukar data dari bentuk digital ke analog dan sebaliknya. Dengan adanya modem, pengguna PC dapat menghubungi dunia internet sambil meraih segala jenis maklumat yang disediakan dilamanlama web diserata dunia.

Figure

Terdapat berbagai jenis modem dipasaran sekarang ini dengan berbagai jenis jenama. Tapi macamana pengguna nak tahu jenis modem untuk dibeli? Ruangan ini akan menjelaskan secara mudah dan ringkas, tanpa menggunakan banyak sangat terma-terma teknikal yang akan memeningkan kepala pengguna, cara-cara untuk mendapatkan modem yang bersesuaian serta menafaatkan pengguna semua.

Jenis Modem

Bila kita ke kedai PC untuk mendapatkan sebuah modem, berbagai jenama modem akan diperkenalkan kepada pengguna dimana pengguna mendapati sukar untuk membuat keputusan kerana tidak faham bagaimana kebaikan atau keburukan sesuatu modem itu didasarkan. Pada kebiasaannya, terdapat dua jenis modem yang selalu dijual dikedai-kedai PC iaitu jenis modem dipasang didalam PC (internal modem) dan modem dipasang diluar (external modem). Selalunya, pekedai akan menanya pengguna jenis modem apa yang diperlukan.

Internal Modem

"Internal Modem", iaitu modem berjenis kad sirkit digunakan dengan memasang atau melekatkannya pada litar PCI. Litar PCI ini didapati pada kebanyakn PC sekarang dimana ianya khas digunakan untuk menampung penambahan kad-kad assesori pada PC seperti 'sound card', 'graphic card' dan sebagainya. Kebiasaannya, moden internal ini juga dikenali sebagai PCI modem. Modem berjenis ini adalah lebih murah kerana buatannya adalah lebih ringkas tanpa memerlukan kotak. Ia senang dipasang tanpa memerlukan kabel.

Terdapat dua jenis modem seperti ini iaitu 'software modem" dan "hardware modem". "Software modem" ini adalah modem yang menggunakan perisian khas untuk menjanakan sistem processor PC bagi menjalankan fungsi modem tersebut. "Hardware modem" pula menggunakan perkakasannya sendiri untuk menjalankan modemnya. Jadi disini adalah jelas bahawa 'hardware modem" adalah lebih baik disebabkkan ia tidak mengganggu sumber sistem prosessor PC bila modem berjalan. Walaubagaimanapun, kedua-dua modem jenis ini adalah lebih mudah disambar petir berbandingkan dengan "external modem".


Modem Internal

Harga bagi "internal modem" dipasaran sekarang ini adalah disekitar RM60 - RM90.

External modem

Modem jenis ini biasanya dipasarkan dalam bentuk kotak dalam pelbagai rupa. Ada yang segiempat, bulat, berbentuk telur dan macam-macam lagi. Modem jenis ini biasanya dihubungi melalui kabel ke port COM1, COM2 atau port lain yang bersesuaian di PC. Modem external adalah lebih mahal tapi tidak mudah disambar petir kalau dibandingkan dengan 'internal modem'. External modem adalah lebih baik kerana ianya menggunakan perkakasannya sendiri untuk menjalankan modem fungsi modem tersebut tidak seperti 'software modem' yang lain. Dengan ini, perpindahan data melalui internet adalah lebih cepat. External modem juga dibekalakn dengan fungsi lampu yang dapat menunjukkan proses perjalanan modem tersebut.


Modem External

Harga bagi "extenal modem" dipasaran sekarang ini adalah disekitar RM170 - RM350

Bagaimana Memilih Modem

Memilih modem bergantung kepada faktor-faktor berikut :-

a)    Budget
b)    Pemakaiaan
c)    Kelajauan

Budget

Walaupun ada modem yang lebih baik dari yang lain, tidak bermakna modem yang lain tersebut tidak boleh digunakan. Modem dalaman yang berjenis software modem adalah modem yang termurah iaitu disekitar RM70. Biasanya, bila kita membeli barangan yang murah, kita terpaksa berpuashati dengan hadnya ianya dapat berfungsi. Kebanyakan modem yang murah mengambil masa yang lambat untuk mendapat 'connection' serta tidak memberi kepuasan layaran yang diharapkan.

Pemakaian

Pengguna juga perlu tahu kenapa modem diperlukan. Sekiranya modem yang hendak dibeli digunakan untuk penghantaran dan menerima data digital bagi kerja-kerja khusus, downloading dan uploading, modem yang lebih laju 'connection speednya' adalah lebih sesuai. Modem ini adalah lebih mahal tetapi memberi pulangan yang baik.

Kelajuan

Bila kita bercakap tentang kecepatan atau kelajuan modem, biasanya  ia bermakna keupayaan modem menghantar dan menerima data melalui talian telefon. Modem yang lebih mahal mempunyai perkakasan serta perisian yang baik untuk mempercepatkan proses pemindahan data melalui talian tersebut. Bersesuaian dengan ini juga, ia juga mempunyai fungsi untuk bertindak sebagai 'fax modem' serta mempunyai keupayaan suara. Pada masa ini, kelajuan yang paling tinggi dapat diterima oleh modem biasa melalui talian telefon adalah 56,600 bit sesaat (56kbs). Ini berbeza dengan modem ISDN dan DSL dimana tahap komunikasi adalah lebih tinggi (diantara 64kbs - 128kbs) disebabkan ianya menggunakan talian optik fiber.

 Adalah menjadi kepercayaan bahawa talian telefon biasa hanya dapat memindah data pada kelajuan maksima 33.6 kilobit sesaat (kbs) sahaja melalui dawai tembaga. Tetapi dengan terciptanya satu teknologi baru yang dinamakan K56Flex, data melalui talian telefon tembaga ini dapat dipindahkan sehingga kelajuan 56kbs. Dengan ini, wujudlah sekarang apa yang dikenali sebagai K56Flex V.90 Modem yang dijual dikedai-kedai PC. V.90 adalah protokol dimana sesuatu modem perlu ada untuk mencapai tahap pemindahan selaju 56kbs Walaubagaimanapun, kelajuan ini hanya dapat dicapai sekiranya hos server menggunakan modem jenis yang sama. tidak ada makna sekiranya pengguna yang menggunakan modem yang berkelajuan 56kbs cuba untuk mencapai data pada kelajuan yang sama dari server yang hanya menggunakan modem 28.8kbs untuk penghantaran maklumat. Dibawah adalah senarai kelajuan modem yang menggunakan protokol pemindahan yang berbeza.

Protokol Kadar Transmisi Maksima Mode Duplex
Bell 103 300 bps
Full
CCITT V.21 300 bps
Full
Bell 212A 1,200 bps
Full
ITU V.22 1,200 bps
Half
ITU V.22bis 2,400 bps
Full
ITU V.29 9,600 bps
Half
ITU V.32 9,600 bps
Full
ITU V.32bis 14,400 bps
Full
ITU V.34 36,600 bps
Full
ITU V.90 56,000 bps
Full

Kesimpulan

Modem yang paling sesuai untuk digunakan dirumah adalah modem dari jenis "external" ataupun yang dipasang diluar dengan kelajuan 56kbs. Modem yang perlu didapatkan ialah dari K56Flex yang menyokong ITU V.90 bagi menjamin kelajuan yang maksima. Walaubagaimanapoun, modem "internal" K56Felx V.90 juga terdapat dipasaran sekarang tetapi pengguna hendaklah mengelak dari membeli dari jenis software modem kerana ia akan menjejaskan keupayaan processor PC.

Walau modem jenis apa pun yang dibeli, pengguna hendaklah juga mendapatkan "lightning protector" ataupun pelindung petir bagi melindungi modem anda dari dipanah petir bila berlakunya hujan atau ribut. Perlu diingat bahawa petir sering berlaku walaupun bila hujan renyai. Pelindung petir atau kilat ini boleh didapati dikedai-kedai PC dari harga RM8 - RM50 bergantung kepada kecanggihan alat itu. Cara yang paling selamat untuk mengelakkan modem dipanah petir adalah dengan memastikan modem tidak digunakan semasa berlakunya hujan lebat atau ribut sambil mencabut penyambung talian dari soket utama telefon.

Selamt Melayari Alam Internet!

Balik