|
|||||||
|
|
|
|||||
|
|
|||||||
Membeli PC Tanpa Ditipu
![]()
Mungkin anda maseh belum mempunyai PC sendiri dan hanya sekadar surfing kat Cyber Cafe atau kat rumah kekawan saja. Manalah tahu, satu hari nanti mungkin anda termampu untuk membeli komputer sendiri. Jadi disini, adalah sedikit rahsia cara membeli komputer kalau tak mahu ditipu penjual. Ini adalah berdasarkan pengalaman, atas dasar nasihat dan bukan sebagai rujukan professional. Ini juga ditujukan kepada sesiapa yang baru dibidang komputer dan bukan untuk expert-expert. Cuma untuk membantu anda supaya tak tertipu.
PERINGATAN!
Mungkin rencana ini terlalu panjang untuk dibaca dan penulis tak mahu anda
menghabiskan duit surfing sambil dok baca. Jadi dinasihatkan anda print saja
muka ini dan baca bila anda ada masa..

Kenalpasti perkara-perkara berikut dahulu :
| Tujuan PC tersebut? | |
| Budget anda | |
| Tahu jenis PC yang terdapat sekarang | |
| Keperluan-keperluan asas sesebuah PC | |
| Apa yang perlu diperiksa setelah membeli PC |
TUJUAN PC
Sekiranya anda hendak membeli PC untuk membuat kerja-kerja dan hanya untuk
menggunakan Microsoft Word, Excell, Powerpoint dan Excess, anda tak perlulah
komputer yang terlalu canggih. Sebuah PC yang sedang keupayaannya dah memadai
untuk semua diatas dan ianya tak perlu mempunyai keupayaan multimedia.
PC yang sekarang dipasaran seperti CELERON, AMD dan PENTIUM diperingkat kelajuan
450 MHz dah terlalu laju untuk tujuan diatas.
Kalau anda perlukan PC untuk main "games" selain daripada tugas-tugas yang disebut, anda maseh boleh gunakan sistem PC seperti diatas tetapi dengan penambahan kad-kad yang tertentu. Satu kad untuk sistem bunyi (bagi bunyi yang realistik) yang diberi nama "Sound Card", dan satu kad lagi untuk grafik atau lebih dikenali sebagai "Graphic Card" atau "Graphic Accelerators". Banyak PC games sekarang menggunakan CD yang memainkan "games" yang realistik. Tanpa kad-kad grafik ini, mungkin "games" tersebut akan terlalu slow dan kekadang susah nak main kerana tiada kelancaran.
Bagi PC yang digunakan untuk internet sahaja, PC 486 ataupun
Pentium yang awal pun maseh boleh digunakan. Anda cuma memerlukan "modem"
dan talian telefon untuk surf internet. Tidak perlu kad-kad yang canggih diatas
melainkan anda nak main "games" didalam internet dengan pihak ketiga.
BUDGET ANDA
Berapa budget anda? Sekarang ni, PC yang dijual adalah pada tahap yang sungguh
murah. Ada diantaranya dari RM2,600.00 sehingga RM5,000.00. Kalau ada yang lebih
dari harga ini, bukan dinamakan PERSONAL COMPUTER lagi. Ia lebih bersifat untuk
bisnes dan pengguna-pengguna power. Tak perlu sampai mahal tu! Mengarut saja.
Sekarang ni, dengan harga RM4,000, anda mungkin dah dapat memiliki sebuah PC Pentium III
500MHz siap dengan printer, scanner dan meja sekali Mungkin ditambah dengan beberapa software
yang baik. Jadi carilah PC yang lebih kurang harga itu. kalau dapat lebih murah
lagi bagus.
JENIS-JENIS PC YANG ADA
Macam tersebut diatas tadi, ada tiga jenis PC yang sedang laku dijual, selain
dari jenis APPLE. Yang tiga ini, iaitu CELERON, AMD dan PENTIUM. Ini semua
hanyalah nama pemproses utama nya ataupun dipanggil CPU dan semuanya menggunakan
apa yang orang panggil WINDOWS sebagai sistem
pengoperasian nya.
Ada setengah orang kata "CLONE" atapun
"IBM Compatible". Sama saja. Tiada beza, cuma kalau yang ada brand
saja yang mahal sikit. Yang "CLONE" ni murah daripada yang ada brand
seperti NEC, GATEWAY, IBM, dll tapi keupayaan dia lebihkurang saja. Cuma yang
mungkin tak ada, after support service. Lepas dijual, jurujual tak peduli lagi
kalau rosak (melainkan maseh dalam warranty). Bagi yang branded ini, senang nak
dapat support, service dan tunjuk ajar walaupun selepas "warranty"
ataupun garenti. Tapi kalau dah ada support macam terdapat kat RAHSIA .20m.COM
ini, apa susah. Pendekatan pada jenis-jenis processor ini adalah seperti berikut
;
CELERON - Menggunakan chip INTEL CELERON iaitu versi murah PENTIUM.
Harganya memang lebih murah tetapi keupayaan didalam menghasilkan grafik boleh
tahan. Cuma dari segi kelajuan kurang sikit dari PENTIUM dan AMD (bergantung
kepada processor speed). Sesuai digunakan untuk perisian Microsoft Office dll.
AMD - Pembuat chip processor yang bersaing dengan INTEL. Harganya lebih
murah dari PENTIUM tetapi keupayaan processor adalah seimbang. Mampu menyaingi
PC dari buatan INTEL PENTIUM tetapi dengan harga lebih murah.
PENTIUM - Pendahulu pasaran PC sekarang dengan PENTIUM III yang serba
canggih. Terletak ditahap harga yang termahal tetapi mendahului dari segi
teknologi. Kebanyakkkan PC yang berada dipasaran adalah dari processor jenis
ini.
KEPERLUAN ASAS SESEBUAH PC
PC ni lebihkurang sebuah kereta yang memerlukan bahagian-bahagian serta perlatan
yang tertentu untuk ianya berfungsi. Tanpa tayar, brek, lampu ataupun enjin yang
sesuai, sesebuah kereta tidak dapat digunakan. Begitulah juga dengan PC yang memerlukan bahagian serta peralatan asas untuk ianya berfungsi sebagai
sebuah PC. Bahagian-bahagian yang terpenting adalah seperti berikut :
1. CPU
Nadi utama bagi sesebuah PC yang akan menjanakan sistem PC tersebut dan kelajuan
sesebuah PC bergantung kepada jenis CPU yang digunakan yang mana tercatit
kelajuan didalam MHz (MegaHertz). Anda pasti pernah terlintas perkataan seperti
PENTIUM III 500 MHz, PENTIUM II 350 Mhz dsbnya.AMD pula akan mengeluarkan PC
yang disebutkan sebagai AMK K6 II 350 MHz ataupun AMD Athlon 750 MHz. Dua
perkataan dihadapan cuma bermakna model CPU tersebut dan nombor yang terakhir
memberitahu anda kelajuan processor tersebut. Pendekata CPU ini merupakan kuasa
kuda (c.c) sesebuah PC.
2. RAM
Dalam bahasa Inggeris ianya adalah Random Access Memory. PC memerlukan RAM ini
untuk menyimpan secara sementara semua arahan yang diberikan oleh CPU untuk
diproses. Biasanya keupayaan RAM ini ditunjukkan didalam Megabyte (MB) dan lagi
besar RAM yang ada didalam PC, lagi berkeupayaan ianya dapat menyelesaikan
arahan dengan lebih cepat. PC masakini memerlukan sekurang-kurangnya 32 MB RAM
untuk berfungsi dengan berkesan. Walaubagaimanapun, jumlah RAM ini dapat ditokok
tambahkan untuk menghasilkan kekuatan PC yang lebih. PC masakini menggunakan ram
yang dari jenis SDRAM 100Mhz atau 133 Mhz.
3. HARD DISK
Hard disk diperlukan untuk menyimpan perisian dan data sesebuah PC dan boleh
disamakan dengan ruang but sesebuah kereta. lagi besar Hard disk ini, lagi banyak
perisian (software) dan data yang dapat disimpan oleh sesebuah PC. PC masakini
menggunakan sekurang-kurangnnya 5.2GB (gigabyte) ruang Harddisk tetapi seeloknya
pengguna mendapatkan hard-disk yang terbesar dipasaran..
4. CD ROM
DRIVE
CD ROM ataupun compact disk read only memory telah menjadi satu
kemestian bagi setiap PC. Dengan wujudnya perisian-perisian multimedia dan juga
saiz perisian yang didapati dipasaran sekarang, CD merupakan salah satu platform
untuk menampung saiz perisian yang besar tersebut. Kebanyak perisian applikasi
sekarang seperti Windows, Microsoft Office dan perisian-perisian 'games'
hanya datang dalam bentuk CD. Oleh yang demikian, CD ROM drive perlu untuk
tujuan meng"install" perisian-perisian tersebut ke PC. CD ROM drive
dijual dalam berbagai kelajuan dan drive yang paling laju adalah yang paling
baik. Walaupun banyak jenama CD ROM drive menunjukkan kelajuan sehingga mencecah
50X , kelajuan sebenar drive tersebut hanyalah lebihkurang 22 X.
4. FLOPPY DISK
DRIVE
Cakera lembut ataupun floppy disk adalah satu jenis alat pacuan yang membolehkan data
disimpan kedalam disket. Satu disket hanya dapat menyimpan tidak lebih dari
1.44MB data dan sesuai untuk memindahkan data dari satu PC ke PC yang lain.
Terdapat bermacam-macam jenis lagi floppy drive dipasaran masakini yang
membolehkan disket menyimpan lebih dari 1.44 MB tetapi jenis yang disebut diatas
adalah yang biasanya terdapat pada PC baru yang dijual.
5.
KEYBOARD
Keyboard ataupun papan kekunci adalah satu lagi peralatan asas bagi sesuatu
komputer. Biasanya dibekalkan semasa PC dijual
6.
MOUSE/TETIKUS
Satu lagi keperluan asas PC. Ianya digunakan khusus untuk menu dan memilih
arahan dalam sesuatu perisian. Dibekalkan dengan setiap pembelian PC.
APA YANG PERLU DIPERIKSA
BILA MEMBELI PC
Spertimana juga dengan enjin sesebuah
kereta, tidak semua orang tahu macamana untuk mengenali apa yang ada didalam nya
melainkan orang-orang yang betul pakar. Jadi disini, anda akan diberi beberapa
panduan bagaimana untuk memeriksa PC anda sebelum anda membawanya balik kerumah
dan menggunakannya.
| Pastikan PC yang anda beli itu mempunyai kelajuan sepertimana yang dinyatakan oleh penjual. Minta penjual tersebut menunjukkan "speed" PC tersebut semasa ianya di "boot-up". | |
| Pastikan yang RAM anda mencukupi sepertimana dibekalkan. Ini dapat ditunjukkan didalam "system information" PC semasa ianya dipasang. Minta penjual anda menunjukkan kepada anda keupayaan RAM PC tersebut. | |
| Semua pembelian PC akan dibekalkan dengan "manual" serta beberapa disket/CD yang mengandungi "driver" dan "system configuration" yang diperlukan oleh PC untuk berfungsi. Pastikan penjual membekalkan perkara-perkara tersebut semasa pembelian. Pastikan semua kabel dan asesori yang lain (seperti disebutkan dalam manual) dibekalkan bersama. Simpan benda-benda ini dengan selamat. Ianya amat perlu sekiranya sesuatu berlaku kepada PC. | |
| Minta penjual membuka "casing" PC dan menunjukkan kepada anda semua penambahan kad jika ada dan pastikan juga semua komponen adalah yang asli. Tiada PC yang baik menggunakan komponen tiruan. | |
| Pastikan anda mengisi borang "warranty" keatas PC tersebut dan diserahkan bahagian kepada Syarikat berjenama PC tersebut (sekiranya PC berjenama). | |
| Pastikan pembelian disertakan dengan manual motherboard. Manual ini terdangatlah penting sekiranya berlaku kerosakan motherboard and juga untuk upgrade komponen PC. Ini sangat penting. | |
|
Akhir sekali, pastikan PC yang dibeli berjalan dengan memuaskan semasa dikedai. Sekiranya PC yang dibeli dipasang oleh penjual dirumah, pastikan penjual/technician tersebut menunjukkan bahawa semua peralatan berfungsi dengan baik. Dapatkan nombor untuk berhubung sekiranya berlaku sesuatu. |
Teknik Membeli PC
Sekiranya anda berhasrat untuk membeli PC, periksa semua iklan yang terdapat
di akhbar ataupun di dalam majallah. Keluar dan lawatlah kedai-kedai tersebut
dan tanya sebanyak mana yang anda nak tahu. Jangan terlalu ghairah. Bandingkan
harga PC yang sama jenisnya dan lambat laun anda akan tahu kedai mana yang dapat
memberi anda harga yang termurah. Tanya Si-pekedai tentang
"after-sales" servicenya. Adakah hanya sekadar tempoh
"warranty"? Adakah ia sanggup untuk datang kerumah untuk memperbaiki
PC anda? Kalau ada servis yang sebegini, tak kisahlah sekiranya anda bayar lebih
sikit.
Biasanya adalah lebih murah sekiranya anda menempah PC dari membeli PC
yang jenis pasang siap. Lagipun, anda sendiri dapat memilih spesifikasi PC yang
anda idamkan. Sama juga seperti diatas, anda harus rajin mencari kedai yang
dapat menawarkan harga termurah mengikut spesifikasi anda. Tempoh warranty yang
diberikan adalah juga penting. Tetapi awas, kelajuan CPU kadangkala dapat
ditambah dengan kaedah "overclocking". Biasanya cara inilah pekedai
yang tak jujur menjual CPU yang jauh lebih rendah kelajuannya dengan cara
"overclocking" Dengan cara begini, PC nampak seolah-oleh mempunyai
kelajuan yang hebat. PC yang sebegini biasanya tidak dapat bertahan lama kerana
dilampaui had keupayaannya. Periksa dengan teliti supaya PC anda tidak
di"overclocked". Ini hanya akan memendekkan usia PC anda...mungkin
cukup sehingga "warranty" anda tamat! Lepas itu anda kena bayarlah
atas pembaikkannya. Itulah biasanya "trick" pekedai yang tak jujur.
Setelah anda membawa pulang PC kerumah, ataupun setelah ianya siap dipasang,
gunakanlah sepenuhnya sehingga "warranty" tamat. Jangan disimpan
didalam kelambu kerana sayang nak pakai. Komputer yang bermasaalah akan cepat
mengalami kerosakan dan jika anda maseh didalam tempoh "warranty",
anda tak perlu bimbang. Hantar saja untuk diperbaiki. Anda akan hanya wajib
membayar keatas part yang anda belum beli. Sekiranya ia melibatkan komponen yang
dibeli, ianya maseh didalam "warranty". Jadi, "godam"lah PC
anda bersungguh-sungguh. PC yang baik akan tahan lasak. Selamat mencuba.
TAMAT
Topik akan datang
Bagaimana memilih Modem Anda
Memilih Graphic Card
Memilih Tetikus
Cara Memasang PC
![]()
CPU (Central Prosessing Unit) - merupakan
nadi utama sesebuah PC. Menentukan keupayaan dan kelajuan PC
Multimedia - PC yang boleh memainkan
vcd, dapat menunjukkan gambar semasa chatting, mempunyai sistem bunyi yang hebat
dll.
Sistem pengoperasian (Operating System) - Macam minyak untuk enjin PC berfungsi. Tanpa sebarang
jenis OS (operating system) ini, PC tak akan tahu nak buat apa.
HOME
Copyright © 2000 [Rahsia.20m.com]. All rights reserved.
Revised: September 16, 2000
.