Harga RAM naik!
Buat masa ni, banyak peniaga komputer mengadu kerana kurang mendapat langganan
membeli PC kerana masalaah kenaikan harga RAM. Harga RAM memang telah naik sejak
bulan Oktober 2001 dan dengar-dengar ianya akan terus naik sehingga bulan Jun
2002 ini. tidak seperti harga komponen PC yang lain, harga RAM dipasaran dunia
bagaikan saham yang turun naik. Perubahan pada harga RAM selalunya berkaitan
dengan suasana politik dunia PC serta pembaharuan kepada kelajuan RAM yang
semakin bertukar ganti. Perubahan pada harga RAM juga menyebabkan samada PC yang
nak dibeli itu menjadi murah ataupun tidak kerana kebanyakan komponen yang
digunakan didalam sesebuah PC juga menggunakan RAM seperti 'graphic adaptor'
yang mengeluarkan paparan grafik dimonitor semakin canggih dan realistik. Dengan
demikian, sekiranya anda pembaca ingin mendapatkan komputer pada waktu ini atau
dimasa hadapan, tengok-tengoklah pada perubahan harga RAM. Ini dpat membantu
anda mendapatkan PC yang bersesuaian dengan budget anda pada waktu tersebut.
Perang Prosessor
Masa dulu (empat lima tahun yang lepas), bila
kita nak beli komputer, kita mesti cari yang ada sticker tulis 'Intel Inside"
kat luar kotak PC tu. Hairan jugak pasal pada masa tu boleh dikatakan semua pc
yang ada kat dunia ni menggunakkan processor dari syarikat Intel yang memonopoli
pasaran processor komputer. Walaupun pada masa tu jugak ada sebuah syarikat yang
kononnya nak lawan Intel dan mengeluarkan processor 'Cyrix' nya, tak ramai yang
berminat nak beli komputer tu. Tetapi, sekarang ni dah lain sikit sebab sudah
timbul satu lagi gergasi processor yang bernama AMD yang berjaya mengeluarkan
processor yang bermutu tinggi serta berupaya menyaingi keluaran-keluaran dari
Intel. AMD bukan sahaja berjaya merampas sedikit pasaran dunia processor tetapi
berjaya jugak untuk mengeluarkan processor yang lebih laju, lebih baik serta
lebih murah dari Intel. Buat masa ini, AMD maseh lagi dihadapan didalam
perlumbaan mengeluarkan processor yang terlaju walaupun Intel maseh mengatakan
bahawa processornya lebih baik dari AMD. Walaubagaimanapun, satu perkara yang
nyata, processor AMD 1.4 GHz, atau ianya lebih dikenali sebagai AMD Athlon XP
1600 berjaya memintas kelajuan Intel Pentium 4 1.8Ghz dengan mudah sekali dan
dengan harga separuh lebih murah lagi dari processor Intel.
Oleh yang demikian, pada para pembaca yang ingin
mendapatkan komputer peribadi, cuba-cubalah tengok processor dari AMD ini kerana
pada semua pengguna-pengguna PC dimana sahaja, kita selalunya nak yang termurah
tetapi yang terbaik sekali!
Bayaran EPF
Apabila keraajaan telah mengumumkan bahawa kakitangan kerajaan boleh
mengeluarkan caruman mereka dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada bulan Jun
yang lepas, maka ramailah pencarum-pencarum telah berpusu-pusu ke
kaunter-kaunter KWPS diseluruh negara untuk membuat pengeluaran simpanan dari
penat lelah mereka sejak berpuloh tahun berkhidmat untuk kerajaan dan
masyarakat. Dengan megahnya juga, KWSP pun berjanji untuk memproses semua
pengeluaran dan masa dua minggu. Tapi sekarang apa dah jadi? Ada pencarum yang
telah membuat permohonan seawal bulan Julai tetapi sehingga sekarang, tiada apa
jawapan langsung dari KWSP tentang proses pengeluaran tersebut. Dengan
tiba-tiba, semua talian telefon ke KWSP diseluruh negara tidak dapat dihubungi
(mungkin dicabut wayar) untuk mengelakkan pertanyaan orang ramai. Laman web KWSP
pun telah dihentikan buat sementara untuk mengelakkan orang ramai membanjiri
kotak e-mail mereka sehingga jem. Kalau inilah yang dikatakan kecekapan
kakitangan kerajaan, entah macamana lagilah kalau ada Jabatan yang mengamalkan
sikap pilih kasih serta rasuah yang berleluasa. Yalahkan...banyak juga orang
kata duit KWSP tu sebenarnya dah tak ada.
Curi Password
Bagi anda yang seringkali rajin ber'chatting' didalam internet, berhati-hatilah
dengan apa yang anda sembangkan. Ini adalah kerana terdapat segolongan manusia
yang pandai bersembang sambil dapat mencuri password e-mail dan login anda dalam
proses tersebut. Misalan didalam yahoo chat, username anda dan e-mail anda
adalah serupa. Biasanya dengan username yang anda berikan sudah mencukupi untuk
hacker memasuki e-mail anda sekiranya maklumat lanjut diperolehi dari anda.
Tanpa disedari, orang-orang ini akan bersembang sambil menanya anda pelbagai
soalan yang menjurus kepada maklumat password anda. Biasanya didalam Yahoo,
apabila anda kehilangan ataupun terlupa password, anda dapat memperolehinya
semula dari administration Yahoo dengan menjawab beberapa soalan rahsia yang
kononnya anda seorang saja yang tahu. Maklumat tersebut adalah seperti tarikh
lahir, poskod, usename dan apabila melepasi soalan-solan tersebut, akhir sekali
ialah soalan rahsia seperti masakan kegemaran anda ataupun artis kesayangan
anda. Kemudian barulah anda akan diberi password baru. Maklumat ini senang
diperolehi melalui perbualan 'chat' sekiranya anda tidak menyedarinya. Tiba-tiba
saja anda akan dapati login password anda dah tak boleh digunakan lagi sebab
telah ditukar oleh 'hacker' ini. Oleh yang demikian, berhati-hatilah bila
bersembang didalam alam chat ini. Kalau ada orang yang banyak sangat menyoal
tentang peribadi kita, AWASLAH!
Kisah Hacking
Sekarang ini kerap terdengar kisah-kisah pakar komputer yang membuat pelbagai
'hack' program untuk kegunaan ramai. Tujuan 'hacking' ini adalah untuk memasuki
sesuatu komputer atau 'server' secara haram dan melakukan pelbagai kerosakan
yang selalunya menyakitkan hati tuan empunya komputer tersebut. Apabila sesuatu
server atau komputer telah di'hack', segala fail dan dokumen yang terdapat
didalamnya akan dibuka dan digunakan secara tidak sah oleh 'hackers' ini. Salah
satu program yang telah direka khas untuk tujuan ini adalah Back Orifice ataupun
didalam Bahasa Melayu nya, pintu belakang. Program ini berupaya untuk
memasuki komputer peribadi seseorang semasa orang tersebut melayari internet,
tanpa pengetahuannya. Program ini dapat mencelah segala fail yang ada dan
hackers yang menggunakan program ini dapat memadam atau meminda fail-fail
tersebut. Kadangkala, virus pun dapat dimasukkan kedalam komputer selagi
pengguna maseh 'connected' ke internet. Bahaya betul! Perbuatan ini selalunya
dilakukan secara suka-suka dan ada jugak yang menjadikan ianya hobi sepenuh masa
untuk menjahanamkan komputer orang lain. Walaubagaimanapun, terdapat satu
program yang telah direka khas untuk menagani gejala ini yang dinamakan
"BOdetect". Program ini dapat mengesan samada komputer sedang
dicerobohi dengan memeriksa 'communication port' selang beberapa minit. Com port
ini biasanya digunakan oleh modem untuk menghubungi internet dan melalui port
inilah hackers memasuki komputer peribadi tanpa disedari. Anda dapat meng
'download' kan versi cubaan ini di http://www.geocities.com/Athens/6939/bodetect.html.
Berhati-hatilah bila melayari internet lain kali.
AMD 1 GHZ
Dengar-dengar Syarikat Advanced Micro Digital (AMD) telah melancarkan chip
Athlon 1 gigahertz terbaru. Mereka telah mendahului Intel dalam mengeluarkan
chip ini dan dengarkata jugak, Intel dah merah padam dengan pengembangan ini.
Intel baru saja tengah nak melancarkan sistem 850MHz mereka. Sekarang ini, PC
dari sistem Gateway Select 1000 telah mula dipasarkan di Malaysia.
Apalah kita nak buat dengan PC dengan kelajuan semacam tu? PC yang dah ada
dilingkungan 500Mhz - 600Mhz pun dah terasa macam peluru. Tapi yang berduit tu,
bolehlah mula mengenali chip terbaru ni. Mungkin terasa dihati nak tukar sistem
PC mereka. Dipersilakanlah. Mudah-mudahan, dengan perkembangan ini, harga PC
biasa yang di"lower end" ini macam saya, akan dapat menafaat dengan
jatuhnya harga PC sub 500Mhz. Bagus jugak tu!
Sistem Aureate Ada satu berita yang tak seronok didengar tatkala ini. Telah didedahkan bahawa
ada satu sistem yang dinamakan "Aureate" digunakan oleh
syarikat-syarikat pengiklanan di internet untuk mendapatkan maklumat peribadi
pengguna-pengguna internet. Sistem ini dihoskan oleh syarikat pengiklanan ini
dan di "install" secara sengaja, atau tidak oleh pengguna apabila
mereka klik diatas sesuatu iklan di web. Sudahlah pengguna terpaksa menggunakan
"cookies" bagi memasuki sesuatu laman. sekarang ini, maklumat pengguna
akan diambil pulak oleh sistem Aureate ini kononnya untuk tujuan mengumpul
maklumat. Tahu atau tidak, penyalahgunaan maklumat ini boleh berlaku apabila
syarikat-syarikat ini menjual maklumat pengguna kepada "spammers" yang
akan menghantar e-mail kepada pengguna-pengguna dimana isi kandungannya penuh
dengan iklan. Tambah merungsingkan lagi, sistem Aureate ini dikatakan akan
melekat didalam PC pengguna dan akan aktif walaupun PC tidak online, sambil
memungut segala maklumat yang terdapat di PC pengguna dan kemudiannya menghantar
maklumat tersebut kepada syarikat hos secara senyap apabila PC diaktifkan semula
di internet. Ini sudah kira berat! Untuk mendapatkan maklumat lanjut pasal
sistem Aureate ini, cuba cari dalam internet.
PC Speakers
Sekarang ini sudah ramai pengguna-pengguna PC menukar sistem bunyi yang ada pada
komputer. Dari sound card yang canggih kepada PC speaker yang lebih tinggi mutu
outputnya. Dengarkata sekarang ni, dah ada speaker PC yang boleh menyaingi home
theatre set dengan sound yang berdentum hanya dengan PC Card yang baik dan PC
speakers yang mempunyai sub-woofer. Bergegar tanah dan berdebar jantung bila
mendengar kualiti bunyinya. Salah satu daripada speaker yang tersebut adalah
dari jenis Altec Lansing dan Cambridge yang boleh didapati dengan harga lebih
RM280.00 sehingga RM2,300. Kalau macam ini, mungkin satu hari kita tak perlu
lagi ada tv dirumah!
Kelajuan PC semakin
meningkat
Harga komputer yang
berkemampuan tinggi makin menurun disebabakan terkeluarnya processor chips
yang terbaharu dan lebih laju (dah sampai 3.06Ghz pun). Perkembangan ini
jelas memberi menafaat kepada pengguna amnya kerana komputer yang dulunya
tidak kemampuan sekarang telah menjadi pilihan ramai. Sebenarnya,
perkembangan teknologi komputer yang ada pada masa ini hanyalah
menggambarkan betapa pesatnya penemuan dan ciptaan para pakar pencipta
dibidang ini dan tetapi kebanyakkan perkembangan ini tercetus dari daya
saing diantara syarikat-syarikat yang ingin menguasai teknologi semasa
yang paling canggih. Pada kjta pengguna biasa ini, tak perlulah bekejar
sama untuk mendapatkan komputer yang terlaju ini. Sebuah PC yang mempunyai
kelajuan 1.2Ghz untuk AMD Duron dan 1.8Ghz Intel Pentium sudah memadai
untuk menjana keperluan kita seharian. Melainkan untuk pengguna POWER PC
yang dapat menjanakan keperluan para grafik dan animasi, bagaimana laju
sekalipun PC tersebut, tidak akan menjadi laju setelah processor
yang baru dikeluarkan.
Pemalsuan Identiti
didalam Ruangan Perkenalan Nampaknya
semakin ghairah pelayar-pelayar internet memalsukan identiti untuk
menyertai Ruangan Kenalan. Ada yang membuat demikian kerana kes bals
dendam, saja nak memainkan orang tertentu dan macam-mcam lagi. Perlulah
diingat bahawa perbuatan tersebut adalah salah disisi undang-undang sama
jugak seperti memalsukan kad kredit, kad pengenalan dan sebagainya yang
mana banyak menyusahkan orang lain. Perbuatan begini haruslah dihentikan
kerana WEBMASTER sentiasa memantau segala penyertaan dan sumbangan yang
dipaparkan dengan menyimpan semua IP ADDRESS peserta yang memasukkan
maklumat tersebut. IP ADDRESS ini membolehkan pihak berkuasa untuk
menjejaki pengguna tersebut dengan mudah untuk diambil tindakan
seterusnya. Pada para pengunjung, Ruangan Berkenalan yang dipaparkan oleh
Rahsia.com bertujuan untuk merapatkan silatulrahim serta memberi peluang
kepada anda semua untuk bertukar pendapat serta berkenalan secara positif.
Oleh yang demikian, hindarilah perbuatan-perbuatan yang tidak elok ini
demi kebaikan kita semua.